Khalid wira Perak, Selangor sekadar seriDUA jaringan Khalid Jamlus membantu Perak melonjak ke tangga kedua Liga Super selepas berjaya menewaskan juara bertahan, Perlis 2-0 di Stadium Perak, Ipoh malam tadi. Biarpun pelawat tampil garang pada awal babak permainan namun jelas nasib mereka masih sama apabila tewas buat kali keempat daripada lima perlawanan terakhir.Ketiadaan Keita Mandjou tidak menghalang Perak membuka tirai jaringan pada minit ke-32 menerusi rembatan kaki kiri Khalid dalam kotak penalti selepas menerima hantaran silang Daniel Fadzly Abdullah dari sebelah kanan.Babak kedua tidak banyak berubah dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tuan rumah kelihatan lebih merbahaya dengan gerakannya.Perak akhirnya berjaya melebarkan jurang gol menerusi gol kedua dari tandukan Khalid pada minit ke-65 yang menerima hantaran silang R Surendran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment