Tarikan Nasi Beriani NASI Beriani sinonim dengan Johor. Keenakannya tidak perlu diperkatakan, malah ia digemari pelbagai lapisan masyarakat, termasuk bukan orang Johor sendiri. Kepelbagaian menu itu menjadikan nasi beriani cukup istimewa dengan lauk ayam, daging atau kambing yang dihidangkan bersama dalca, papedom dan arca timun.Selain nasi beriani, Johor juga terkenal dengan laksa, mi bandung, soto ayam dan mi rebus yang enak dan menyelerakan.Hari ini, makanan istimewa Johor ini boleh didapati di merata tempat dan kewujudan restoran yang menyajikan hidangan berkenaan terbukti menarik kehadiran ramai penggemarnya.Antara restoran yang sering jadi pilihan dan terkenal di Shah Alam, Selangor ialah Restoran Tambak Johor Beriani. Melihatkan nama, sudah terbayang makanan utamanya, Nasi Beriani.Menariknya, untuk lauk ayam biasanya dimasak kurma atau masak merah, tetapi di sini ada ayam santan berlada dan goreng berempah. Rasanya tetap lazat dan jika merasainya pasti mahu cuba lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment