Thursday, March 8, 2007

Gaya Hidup Sihat


Banyak makan kurang bersenam KEBANYAKAN orang tahu makanan segera mengandungi banyak lemak dan kalori, tinggi kandungan garam dan kaya dengan lemak tepu. Isu mengaitkan makanan segera dengan pelbagai gejala kesihatan bukan perkara baru, malah sering menjadi perdebatan hangat di luar negara sehingga ada yang ingin mengheret pengusaha makanan segera ke mahkamah atas alasan ia menyebabkan masalah kesihatan, termasuk kegemukan. Isu mengaitkan makanan segera dengan pelbagai gejala kesihatan bukan perkara baru, malah sering menjadi perdebatan hangat di luar negara sehingga ada yang ingin mengheret pengusaha makanan segera ke mahkamah atas alasan ia menyebabkan masalah kesihatan, termasuk kegemukan.Bermula dari hujung minggu lalu, isu makanan segera timbul dan hebat dibincangkan apabila kerajaan bercadang mengharamkan semua iklan makanan segera. Banyak pihak menyokong dan tidak kurang juga memberi pandangan bernas untuk menangani isu ini.Pada dasarnya langkah ini disambut baik dengan harapan dapat membentuk rakyat lebih sihat. Malangnya, tindakan dan harapan tidak semestinya seiringan berdasarkan pengalaman negara Barat yang mencuba tetapi kesan jangka panjangnya masih kabur.

No comments: