Wednesday, March 7, 2007

Mari Melancong



Gamitan Puteri Gunung LedangGUNUNG LEDANG yang menjadi gunung tertinggi di selatan Semenanjung popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara bukan saja kerana keindahan alam semula jadinya malah legenda Puteri Gunung Ledang yang menjadi idaman sultan pada zaman dahulu.Nama gunung yang berasal daripada bahasa Jawa ketika zaman empayar Majapahit itu bermaksud ‘Gunung Dari Kejauhan’ atau ‘Gunung Yang Tinggi’. Bagi pedagang Cina pula, gunung itu digelar sebagai ‘Kim Sua’ yang bermaksud Gunung Emas.Gunung itu juga dikenali sebagai ‘Mount Ophir’ oleh orang Barat. Perkataan itu dikatakan berasal daripada bahasa Yahudi Tua atau Hebrew yang turut tercatat dalam Kitab Zabur yang antara lain menyatakan terdapat banyak emas di kawasan itu.Ia memiliki keindahan semula jadi sebagai destinasi perkelahan, selain trek pendakian yang mencabar, air terjun yang sejuk dan menyegarkan, pelbagai habitat burung, unggas serta flora dan faunanya.

No comments: